Populasi Satwa Liar Menurun 69% Sejak 1970 Menurut Laporan WWF

BERITA, JAKARTA213 Views

Berita Lingkungan, Berita Online Indonesia Di Online News Indonesia, www.olnewsindonesia.com

Populasi haiwan liar di bumi menyusut 69% secara purata sejak 1970 menurut laporan terkini daripada World Wildlife Fund (WWF). Ia disebabkan oleh kemusnahan habitat, pencemaran dan perubahan iklim.

Laporan ini sebenarnya lebih serius kerana ia mengambil data yang dikumpul oleh Zoological Society of London (ZSL) dari tahun 2018 mengenai status populasi 32,000 haiwan liar yang merangkumi 5000 kesemuanya. Situasi populasi pada waktu ini mungkin lebih serius memandangkan semakin banyak habitat telah dimusnahkan sejak 2018.

Populasi haiwan liar di Amerika Latin dan Caribbean adalah yang paling terkesan dengan ia menyusut 94% dalam masa lima dekad diikuti pula oleh rantai Asia Pasifik yang mencatatkan penurunan 55%.

Situasi populasi haiwan liar di Malaysia juga semakin serius dengan dianggar hanya 150 Harimau Malaya masih hidup di hutan negara. Penebangan hutan yang semakin rakus tanpa sebarang usaha untuk mengurangkannya mungkin akan menyebabkan dalam masa beberapa generasi sahaja lagi Harimau Malaya akan pupus seperti Dodo, Harimau Tasmania dan Dugong China. Pada waktu tersebut pasukan bola sepak Malaysia mungkin perlu ditukar nama ke kucing Malaya.

Jmy